MELAYU

Melayu Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Istilah Melayu boleh membawa maksud dan pengertian yang berbeza iaitu:- * Orang Melayu, suatu kaum atau suku yang merupakan penduduk asal Asia Tenggara berketurunan Austronesia. * Bahasa Melayu, bahasa ibunda kepada orang Melayu di Asia Tenggara. * Kepulauan Melayu, kawasan yang didiami oleh penduduk berketurunan Austronesia dan juga nama lain bagi Nusantara. * Tanah Melayu, nama lama bagi Semenanjung Malaysia. * Semenanjung Tanah Melayu, sebuah semenanjung utama yang terletak di Asia Tenggara. * Sungai Melayu, sebuah anak sungai yang terletak di Sumatera, Indonesia. * Kerajaan Melayu, lokasi sebuah kerajaan purba yang terletak di Sumatera, Indonesia. * Rumpun Bangsa Melayu, nama lain bagi bangsa Austronesia atau Melayu-Polinesia di Asia Tenggara. * Ketuanan Melayu, satu ideologi politik yang diamalkan di Malaysia.

BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu / the Malay language

Malaysia Brunei Singapura Ingin tahu tentang Bahasa Melayu? Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.

ايڠين تاهو تنتڠ بهاس ملايو؟ بهاس ملايو اداله سبواه بهاس اوسترونيسيا دان ممڤوڽاءي كاءيتن يڠ راڤت دڠن بهاس٢ ايتنيك لاءين يڠ دتوتوركن دنوسنتارا. بهاس اين دتوتوركن دسلوروه كڤولاون ملايو نوسنتارا يڠ انتاراڽ ايندونيسيا, مليسيا, بروني, سيڠاڤورا, سلاتن تايلند, سلاتن فيليڤينا ماله سهيڠڬا ڤولاو كريستماس داوستراليا. بهاس ملايو جوڬا ڤرنه منجادي بهاس ليڠڬوا فرنكا ڤد كمونچق كسلطانن ملايو ملاك. سجق كبلاكڠن اين كڤنتيڠن بهاس ملايو سماكين دسداري اوليه مشاركة ددنيا.

UK AS Kanada Australia NZ Want to know about Malay? The Malay language is of Austronesian stock, spoken mainly in the Malay Archipelago of Southeast Asia namely the countries of Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapore, Southern Thailand, the Southern Philippines and even as far as Christmas Island in Australia. The language achieved the status of lingua franca in the region during the height of the Malaccan Sultanate in the 15th and 16th century. As of late the importance of Malay as a language is being noted worldwide.

Monday, February 21, 2011

about BANANA

Banana - Who Know

Banana - Who Know.

After Reading THIS, you'll NEVER look at a banana in the same way again!

Bananas Containing three natural sugars - sucrose, fructose and glucose combined with fiber, a banana gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proven that just two bananas provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way a banana can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana. This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

PMS:
Forget the pills -- eat a banana. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anemia:
High in iron, bananas can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.

Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it the perfect way to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the banana industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power:
200 students at a Twickenham school were helped through their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Constipation:
High in fiber, including bananas in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a banana milkshake, sweetened with honey. The banana calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

Heartburn:
Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating a banana for soothing relief.

Morning Sickness:
Snacking on bananas between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites:
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of a banana skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.


Nerves:
Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous system.


Overweight and at work?
Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and chips. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.


Ulcers:
The banana is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control:
Many other cultures see bananas as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Thailand , for example, pregnant women eat bananas to ensure their baby is born with a cool temperature.


Seasonal Affective Disorder (SAD):
Bananas can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer tryptophan.

Smoking:
Bananas can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium banana snack.

Strokes:
According to research in "The New England Journal of Medicine," eating bananas as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%!

So, a banana really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "A banana a day keeps the doctor away!"

http://www.addthis.com/bookmark.php?v=250&username=xa-4bae565749cd2139

http://www.addthis.com/bookmark.php?v=250&username=xa-4bae565749cd2139

Saturday, January 29, 2011

TRAGEDI ISLAM

by Kassim Ahmad on Wednesday, 26 January 2011 at 11:12
TRAGEDI BERNAMA ISLAM

Oleh: Kassim Ahmad

kassim311@yahoo.com

25 Januari, 2011



Bayangkan jika hari ini Nabi Muhammad turun balik ke Malaysia (tentunya tiada siapa yang mengenal beliau), apa akan jadi? Beliau akan melihat orang Islam mendakwa nama "Allah" itu milik mereka saja; orang Islam tidak mahu berdebat tentang agama dengan orang bukan-Islam kerana takut; orang Islam bergaduh sama sendiri kerana berbeza mazhab; orang Islam mahu bergaduh dengan orang bukan Islam kerana azan; orang Islam melarang orang bukan-Islam memberi salam; orang Islam ada kasta paderi, seperti orang Hindu dan Kristian; dan banyak lagi ajaran baru yang tidak diajar oleh beliau tetapi yang diamalkan oleh orang Islam. Beliau akan menitiskan air-mata, dan akan menegur mereka. Lalu orang Islam akan menghalau beliau keluar dari Malaysia, kerana beliau bahaya kepada ketenteraman awam!

Inilah "Islam" setelah ia berada di Malaysia selama 600 tahun lebih!

Malah beliau akan menghadapi nasib yang sama di Mekah tempat lahir beliau dan tempat beliau menerima dan menyampaikan Quran kepada dunia.

Inilah sebabnya saya menamakan esei ini "Tragedi Bernama Islam." Tragedi, kerana agama Islam yang direadi Allah bertukar menjadi agama yang tiada bezanya daripada agama-agama lain yang telah menyeleweng, seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan lain-lain; namun orang Islam sendiri tidak menyedari penyelewengan mereka. Saya boleh ketawa, kerana lucunya, tetapi mana boleh saya ketawa? Ini perkara serius. Mana boleh kita ketawa? Kita harus mencari jalan keluar dari penyelewengan besar ini. Sekarang juga.

Saya telah menulis buku, risalah dan banyak esei tentang kejatuhan Islam dan penyelewengan umat Islam. Tentu ramai orang telah membaca tulisan-tulisan ini. Di antara orang-orang yang telah membacanya tentulah termasuk kaum sarjana dan pemimpin-pemimpin politik dan agama. Mengapa mereka tidak bertindak dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya? Mungkin kerana, dalam masa, katalah 100 tahun yang lalu, bermula dengan Jamaluddin al-Afghani (m. 1897) dan Muhammad Abduh (m. 1905), beberapa rumusan penyelesaian yang berbeza telah dikemukakan oleh beratus, mungkin beribu, orang sarjana dan cerdik-pandai yang telah mengkaji perkara ini. Mengapa belum diketemui jawapannya?

Ini bermakna orang Islam sendiri keliru! Umat Islam di seluruh dunia sudah jatuh sejak lama. Tidakkah ini nyata? Tidak perlu kajian!

Ingat kembali amaran Tuhan yang jelas dalam Quran. "Rasul akan berkata: "Tuanku, umatku telah membelakangkan Quran ini. Demikianlah Kami wujudkan bagi setiap nabi musuh dari kalangan mereka yang berdosa. Tuanmu cukup sebagai pembimbing dan penolong." (25: 30-31). Dua ayat yang dahsyat ini wujud dalam Quran dari awal. Bermakna Tuhan Maha Mengetahui nampak kemungkinan umat Islam (zaman Nabi Muhammad) akan melakukan kesilapan yang sama, seperti umat-umat lain dulu, lalu, melalui mulut rasul-Nya Muhammad, mengeluarkan amaran besar ini. Mengapa tokoh-tokoh agama kita tidak memberi perhatian yang cukup kepada amaran ini? Umpamanya, adat kita, di seluruh dunia Islam, melagukan Quran tanpa faham (bagi mereka yang bahasa Arab bukan bahasa ibunda) jelas melanggar peringatan ini. Bagi mereka yang bahasa Arab bahasa ibunda, mereka diajar supaya merujuk makna ayat-ayat Quran kepada golongan ulama (dengan bahasa lain, kasta paderi!). Kononnya, huraian para paderi ini cukup dan muktamad (istlahnya, ijmak )! Saya menulis dalam memoir saya, Mencari Jalan Pulang: Tidak ada kaedah yang lebih pintar daripada ini untuk menyembunyikan Quran daripada umat Islam. Seperti yang diungkapkan oleh pegawai-pegawai raja dalam zaman feudal Melayu dulu apabila sesorang itu hendak dihukum: "Sudah sampailah takdir Tuhan kepada anda!" Yakni untuk disembeleh!) Demikianlah umat Islam juga membuat kesilapan yang sama, seperti masyarakat-masyarakat agama lain.

Dalam penyelidikan saya, apa yang dipanggil Hadith atau Sunnah itulah punca utama penyelewengan umat Islam. Quran dibuat buku nyanyian; Hadith dibuat buku pegangan! Selepas itu, umat Islam mewujudkan suatu kasta paderi (disebut ‘ulama’, yang tiada dalam ajaran Islam yang asal)) untuk mentafsirkan agama bagi mereka, seperti orang Yahudi, Kristian dan Hindu. Kemudian mereka pisahkan ilmu kepada dua kelompok yang berlainan: ilmu agama dan ilmu dunia.

Ketiga-tiga faktor ini menjaminkan mereka akan kekal terperangkap dalam penjara yang mereka bina sendiri! Malang seribua kali malang! Mereka anggap penjara itu istana yang cantik! Mereka bangga duduk di dalamnya!

Kalau saya hendak menceritakan ini semua dengan terperinci, saya kena tulis sepuluh jilid. Malangnya, saya tidak ada masa. Kita semua pun tidak ada masa. Kita perlu keluar dari penjara ini dengan segera. Nasib baik Quran, satu-satunya buku yang dijamin oleh Tuhan terpelihara daripada korupsi, masih ada pada kita. Quran akan datang balik kepada kita dan kepada seluruh dunia "inilah yang akan mengeluarkan kita dari penjara dan akan menyelamatkan kita daripada kemusnahan yang menanti

Sunday, December 19, 2010

PLURALISME AGAMA - KASSIM AHMAD

PLURALISME AGAMA KINI WUJUD DI MANA-MANA

Oleh: Kassim Ahmad

kassim311@yahoo.com

19 Disember, 2010

Semua orang tahu wujud banyak agama di negara kita sekarang. Demikian juga di kebanyakan negara lain di dunia. Di negara kita, Islam diiktiraf sebagai agama rasmi, dan agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut-penganutnya, terdiri dari orang-orang Buddhis, Hindu, Kristian, dan Sikh. Kebebasan beragama yang total ini diisytiharkan dalam Quran, 1431 tahun dulu, 1300 tahun lebih mendahului Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia oleh P.B.B.! (Lihat Quran, 2: 256) Anehnya, teologi Islam konservatif mentafsirkan ayat yang jelas ini sebagai bebas untuk masuk Islam tetapi tidak bebas untuk keluar! Demikianlah jauhnya teologi kedua-dua puak Islam (Sunni dan Syiah) daripada Islam yang sebenar yang terdapat dalam Quran.

Pada asalnya, agama itu dua saja. Pertama, agama tauhid (Islam) yang diajar oleh semua nabi lagi rasul dari Adam hingga ke Muhammad. Kedua, agama syirik (menduakan Tuhan). Ayat Quran: “Bagimu agama kamu, bagiku agamaku,†(109:6) merujuk kepada keadaan dua agama ini. Namun demikian, agama tauhid Islam yang satu telah berpecah menjadi tiga: Yahudi, Kristian, dan Islam. Islam pula berpecah menjadi dua puak besar, Sunni dan Syiah. Demikianlah, dalam masa lima ribu tahun tamadun, satu agama tauhid berpecah menjadi banyak, yakni plural. Jadi, apakah salahnya kita mengiktiraf hakikat pluralisme agama ini?

Tidak salah kita mengakui fakta dan kebenaran. Menafikannya bermakna mengingkari fakta dan kebenaran. Yang menjadi masalah bagi umat Islam (yang membantah pluralisme agama ini) tidak lain melainkan kerana mereka keliru dan tidak boleh membezakan antara agama Islam yang sebenar dengan agama Islam yang telah menyeleweng!

Jika kita berfikir mendalam sedikit dan membaca Quran dengan teliti, kita tidak dapat tidak akan mendapati dalam semua masyarakat agama (termasuk Islam) terdapat orang-orang yang baik, orang-orang yang separuh-separuh, dan orang-orang yang jahat. Orang yang baik itu dalam istilah agama kita panggil ‘mukmin’, yakni mereka percaya kepada Tuhan dan mendukung kebaikan kerana mereka tahu Tuhan melihat dan menghukum mereka. Orang yang jahat itu, dalam istilah agama, kita panggil ‘kafir’; mereka tidak percaya kepada Tuhan dan mendukung kepalsuaan, kerana mereka sangka kejahatan mereka tidak akan diketahui dan tiada siapa akan menghukum mereka! Di tengah-tengah dua kumpulan ini terdapat mereka yang mendakwa mereka mahukan kebaikan, tetapi sebenarnya melakukan sebaliknya.


Cuba kita ingatkan kenyataan masyhur negarawan India, Mahatma Ghandi, tentang agamanya: “Saya Hindu; saya Yahudi; saya Kristian; dan saya juga Islam!†Tentulah beliau bermaksud: “Apa yang baik dalam semua agama ini saya pegang,†seperti dinyatakan dalam ayat suci di bawah.


“Pastilah mereka yang beriman, sama ada Yahudi, Kristian, atau Sabi’in (beragama di luar tradisi Nabi Ibrahim); barangsiapa yang beriman kepada Tuhan, kepada Hari Kemudian, dan berbuat baik akan menerima ganjaran daripada Tuan mereka. Mereka tidak perlu takut, atau berasa sedih.†(Quran, 2: 62). Ayat ini jelas dengan sendirinya.

Orang-orang seperti inilah, dalam semua kumpulan agama, yang dimaksudkan dalam ayat suci di atas.

Perhatikan ayat ini pula: “Kami mewariskan kitab suci kepada sesiapa yang Kami pilih daripada hamba-hamba Kami. Jadi, di antara mereka ada yang membelakangkannya; ada yang berpegang separuh-separuh saja, sementara ada pula yang berkejar-kejar mendahului melakukan pekerjaan baik, dengan izin Allah. Inilah yang baik sekali.†(Quran, 35: 32)

Lagi perhatikan ayat ini: “Mereka bertindak seolah-olah mereka menolong engkau dengan memeluk Islam. Katakanlah, ‘Kamu tidak menolongiku apa-apa dengan memeluk Islam. Tuhanlah yang menolong kamu dengan memimpin kamu kepada iman, jika kamu jujur.’†(Quran, 49: 17)

Jelaslah ayat-ayat ini tidak mempedulikan dakwaan seseoranag atau sesuatu kaum. Nama ‘Islam’ nyata tidak boleh digunakan untuk mendapat ganjaran atau pujian. Praktik yang baik yang dilakukan dengan jujur – itulah yang dikehendaki. Kebaikan itu dengan sindirinya baik. Kebaikan dengan sendirinya mengundang kebaikan.

Dalam Quran, Islam disebut sebagai agama yang diredai Allah untuk manusia. (Lihat Quran, 3: 19). Di tempat-tempat lain Islam disifatkan sebagai agama kebenaran (din’ul-haq) dan agama Allah (din’ul-Lah). Dari segi ini, Islam istimewa dan unik, tidak boleh disamakan dengan agama-agama lain. Namun demikian, jangan sesiapa atau sesuatu masyarakat agama menganggap mereka paling baik kerana beragama Islam. Mereka patut bersyukur kepada Tuhan kerana telah memandu mereka kepada Islam, tetapi bolehkah mereka berbangga kerana itu!

Sepatutnya, kita mengajak penganut-penganut agama lain kepada Islam dengan baik, dengan hujah-hujah yang rasional, dan dengan contoh budi-pekerti dan tindak-tanduk yang baik. Sombong dan angkuh bukan sesuatu sifat yang disukai Tuhan atau manusia.

Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com

Friday, December 17, 2010

POLITIK BARU DI MALAYSIA


Oleh: Kassim Ahmad

16 Disember, 2010


kassim311@yahoo.com


Sistem-sistem politik dunia


Telah saya katakan lama dulu bahawa kita jangan jadi pak turut kepada sistem dwi-parti Barat. Di Barat, setelah kejatuh sistem feudal dan bangkit sistem kerajaan perwakilan, dalam Parlimen mereka, ada parti atau gabung parti Kerajaan dan Pembangkang. Tugas parti atau gabungan parti Kerajaan itu memerintah, dan tugas Pembangkang membangkang Kerajaan dan mencadangkan dasar lain.


Biasanya jalur ideologi parti terbahagi kepada Konservatif, Liberal dan Buruh atau Sosialis. Di Eropah Tumur dan Timur, selepas terhapusnya sistem feudal, wujud sistem Marxis Komunis di Rusia, Eropah Timur dan China. Di wilayah-wilayah ini, sistemnya disebut demokratik juga, walaupun Kerajaan ditadbirkan oleh sebuah parti saja, iaitu Parti Komunis. Dalam istilah ahli-ahli teori mereka, Karl Marx-Engels-Lenin, pertadbiran ini dinamakan ‘kediktaoran proleter’. Apabila sampai masanya, sistem ini akan digantikan dengan sistem komunisme penuh, apabila parti dan kerjaaan tidak diperlukan lagi, yakni satu macam masyarakat Utopia, Nivana atau Firdaus akan wujud.

Kedua-dua sistem ini, yang kita panggil Demokrasi Liberal Barat dan Komunisme Marxis Timur, telah atau sedang runtuh di depan mata kita. Tidakkah ajaib kita yang hidup pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21 menjadi saksi kepada dua keruntuhan yang besar, hebat dan menggerunkan ini? Bukankah ini yang disebutkan dalam istilah agama sebagai Akhir Zaman, Hari Pembalasan dan Hari Kebangkitan?


Apa itu parti?

Politik tidak lain dari sistem pentadbiran masyarakat. Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang benci politik, kerana mereka samakan politik dengan penipuan, rasuah dan kezaliman. Itu politik kaum oligarki, yang kerjanya memang menipu. Contohnya Raja Firaun zaman Nabi Musa dan sekutunya, dan raja-raja zalim seperti dia zaman dulu dan zaman sekarang. Saya merujuk kepada politik kaum humanis, yang perjuangannya menegakkan kebenaran dan keadilan. Contohnya: Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad dalam zaman para nabi, dan Abraham Lincoln, Mahatma Ghandi dan negarawan-negarawan lain seperti beliau dalam zaman pasca-Nabi.

Dalam semua masyarakat wujud sekurang-kurang tiga aliran fikiran atau apa yang kita sebut ideologi. Di samping itu, seperti di Malaysia, boleh wujud parti berdasarkan kaum pula. Oleh sebab itu, Barisan Nasional gabungan 14 buah parti, sementara Pakatan Rakyat gabungan tiga buah saja.

Parti atau gabungan parti itulah kuasa yang menggerakkan masyarakat dan menubuhkan Kerajaan. Kuasa ini datang dari dalam masyarakat itu sendiri, seperti enjin kereta, atau kepala keretapi. Tanpa enjin ini masyarakat tidak boleh bergerak dan berkembang. Ia akan mati!

Parti lahir dari kesedaran anggota-anggota masyarakat itu untuk membentuk dan membangunakn masyarakat itu. Anggota-anggota masyarakat yang sedar menganggotai parti itu secara sukarela. Inilah bezanya antara parti dengan Kerajaan. Sementara Kerajaan di anggotai oleh anggota-anggota masyarakat yang digajikan, anggota-anggota parti memasuki parti secara sukarela. Parti pula merumuskan satu falsafah perjuangan kebangsaan yang menentukan tujuan-tujuan parti itu dibentuk serta dengan kaedah-kaedah untuk mencapai tujuan-tujuan itu. Semua ini termaktub dalam Perlembagaan parti itu. Parti juga akan menyusun Perlembagaan negara, yang menjadi Undang-undang Dasar negara itu.Daripada hakikat inilah terbit teori “Parti memerintah Kerajaanâ€, dan bukan sebaliknya.

Anggota-anggota parti mesti diajar falsafah perjuangan parti sebelum boleh diterima menjadi anggota. Tanpa pengetahuan ini, mereka tidak boleh menjalankan tugas-tugas parti kepada bangsa. Sebaliknya, mereka akan mencari kepentingan diri semata-mata dan membelakangkan perjuangan parti dan bangsa. Inilah yang telah terjadi kepada sesetengah anggota UMNO, setelah UMNO menjadi Kerajaan. Inilah sebab UMNO dan sekutunya ditolak oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12.


3. Kaedah demokrasi dan perundingan

Demokrasi, pemerintahan mengikut kehendak rakyat, bukan pemerintahan mengikut kehendak raja (sistem feudal) atau satu golongan atasan (oligarki), -- itulah kaedah yang paling baik untuk mentadbirkan sesebuah institusi. Institusi itu boleh jadi masyarakat, atau parti, atau Kerajaan, ataupun organisasi yang paling kecil dalam masyarakat. Demokrasi berasal dari kaedah pentadbiran kota purba, Athens, di Yunani tua. Quran tidak menyebut konsep demokrasi. Sebaliknya, ia menyebut konsep perundingan, musyawarah, sebagai kaedah pentabbiran yang paling baik

Quran mengajar kita kejiwaan manusia ada tiga peringkat. Pertama, kejiwaan binatang (nafs’ul-amarah = diri yang selalu memarahi orang lain). Kedua, kejiwaan diri yang sedar akan nilai orang lain (nafs’ul-lawwamah = diri yang adil). Akhir sekali, ketiga, diri yang tenang dan aman (nafs’ul-mutmainnah = diri penghuni Firdaus atau Syurga). Malangnya, kebanyakan manusia hari ini masih di peringkat kejiwaan yang terendah. Kejiwaan kebinatangan inilah yang menyebabkan rebutan kuasa, peperangan, pelbagai konflik, kezaliman dan kesengsaraan – pendekata inilah punca segala kejahatan dalam masyarakat kita dan dalam dunia seluruhnya. Inilah makna metafora bantahan para malaikat kepada Tuhan apabila Dia mengisytiharkan mahu menciptakan suatu makhluk baru di dunia, Homo sapiens, manusia, seorang khalifah. (Lihat Quran, 2: 30)


4. Kesilapan UMNO-BN

UMNO sebuah parti yang terbesar di Malaysia, dengan keanggotaannya sekarang mencecah 3.2 juta orang. (Ingat bilangan ramai tidak bermakna apa-apa, kecuali mutunya baik. Sebab itu saya menganjurkan kursus politik diberi kepada anggota dan kader) Bersama-sama dengan rakan-rakannya dalam B.N., ia telah memerintah Malaysia selama 53 tahun. Ini di antara rekod yang terbaik di seluruh dunia! Namun demikian, seperti yang kita tahu, ia telah melalui banyak krisis. Setelah mengalami kekalahan besar dalam Pilihanraya Umun ke-12, tanpa hilang kuasa di Pusat, Presiden barunya, Najib, telah melancarkan pelbagai program transformasi untuk memulihkan balik daya juang UMNO dan rakan-rakannya dalam B.N.

Apakah penyakit UMNO dan BN? Ringkasnya, kerana terlalu lama berkuasa, mereka lupa daratan dan menjadi golongan elit, terpisah daripada rakyat. Ramai pemimpinnya, di semua peringkat, tidak lagi menjadi pejuang bangsa. Sebaliknya, mereka mengutamakan kepentingan diri, membina kekayaan, membina rumah-rumah besar, memiliki kereta-kereta besar, sombong lagi! Inilah yang menyebabkan kejatuhan mereka. Bolehlah mereka bangkit balik? Tiada perkara yang mustahil. Tetapi kerja memulihkan UMNO dan BN boleh diibaratkan sebagai kerja orang kuat legenda Yunani purba, Herculis, untuk membersihkan kandang kuda negaranya yang kotor!


5. Kelemahan Pakatan Rakyat

Dengan korupsi dalam UMNO dan BN, maka timbulkan Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN. Tetapi teori puak ini (sistem dwi-parti – Kerajaan dan Pembangkang -- itu tidak lebih daripada sistem puak) tidak boleh dipakai. Ia merujuk kepada tahap kejiwaan manusia terendah, yang telah saya sebut di atas. Rakyat Malaysia perlu berhijrah kepada tahap kejiwaan yang lebih tinggi, kejiwaan yang adil. Pada tahap ini, semua parti boleh bekerjasama, dalam acuan sebuah falsafah politik kebangsaan yang menyeluruh, untuk membangunkan tamadun Malaysia baru.

Kepalsuan teori Barat sistem dwi-parti ini ketara sudah belum pun lima tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri-negeri yang mereka kuasi. PKR, parti Anwar Ibrahim, yang menjadi tulang belakang Pakatan Rakyat, seperti retak menanti belah, kerana kepimpinan yang tidak berdasarkan kejujuran dan kebenaran. PAS, yang telah lama memerintah Kelantan, tidak punyai pengertian tentang masyarakat moden. Mereka terperangkap dalam teologi kolot dan jumud mereka tanpa memperlihat suatu jalan keluar yang boleh menyelamatkan mereka. DAP lebih mantap dari segi ideologinya, tetapi ia perlu bebaskan dirinya dari acuan ke-Cina-annya dan dari horizon kolonialnya dan mencari tapak yang kukuh di bumi Malaysia, dengan sejarahnya yang utuh melampaui zaman penjajahan Barat yang merobek sejarah kita.


6. Jalan keluar bagi bangsa kita

Kecewa dengan gabungan BN dan kecewa lagi dengan gabungan Pakatan Rakyat, suatu “tenaga ketiga†(Zaid Ibrahim dan parti barunya, dan Raja Petra Kamaruddin dan peguam Haris Ibrahim dengan parti baru mereka) sedang muncul untuk memberi nafas baru kepada politik Malaysia. Pada perhitungan jangka panjang, masyarakat kita, dengan kekuatan 28 juta orang, kecil-besar, tua-muda, lelaki-perempuan, jangankan berpecah kepaga tiga puak, kedua dua pun tidak boleh! Bilangan, kecil atau besar, bukan faktor penentu. Kejujuran, kebenaran dan keadilan kita -- nilai-nilau sejagat yang utama – di situ mesti kita cari rumah kita yang sebenar. Di situlah terletak kekuatan kita dan nilai sejagat kita dalam masyarakat antarabangsa yang sudah menjadi Kampung Sejagat, menuju ke sebuah dunia baru yang aman dan adil.

Inilah destini bangsa kita. Semua puak, BN, PR dan “tenaga ketiga†mesti bekerjasama (hidupkan jiwa besar dan singkirkan faham kepuakan masing-masing) dan cari suatu formula yang boleh menyatukan bangsa kita untuk melakukan kerja-kerja tamadaun – “meyerukan kebaikan dan melarang kejahatanâ€, mencipta sebuah Malaysia baru yang aman dan adil dalam sebuah dunia baru yang aman dan adil dalam Abad Ke-21 ini.


Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau: www.stormloader.com/qsmjam POLITIK MALAYSIA MASAKINI - PANDANGAN dan www.kassimahmad.blogspot.com.
· · View original post · Share

Monday, December 13, 2010

SEMBANG MELAYU 1

Semalam, aku dengar lagi ''cakap-cakap' tentang Melayu. Cakap-cakap tentang kegilaan beberapa orang Melayu mencari sejenis binatang hutan rimba yang kononnya dapat mengubati penyakit AIDS dan diperniagakan jutaan ringgit bagi seekor binatang tersebut. Dari topik binatang 'tokke' ni, beralih pula kepada cerita tentang kepandaian 'seseorang' yang dapat menimbulkan semula harta-benda kepunyaan Sultan terakhir Melaka yang tertanam di satu kawasan hutan di Perak. Selanjutnya, aku dengar lagi cerita yang tak berapa sedap nak didengar) tentang orang Melayu yang pernah menjadi Ketua Pemuda cawangan sebuah parti politik Melayu. Kononnya, sebelum dapat jadi KP, pemuda ini bersuara cukup lantang tentang Melayu. Ada agenda, ada plan, ada program nak majukan pemuda-pemuda, kampung dan juga parti. Tapi, bila dah bergelar KP, dah dapat tender bernilai juta, siKP tadi dah terlupa. Lupa diri, lupa janji, lupa orang bawahan, lupa anak, lupa isteri kerana sebok menguruskan projek-projek itu ini di sana sini. Kini, bila dah jatuh, dah tak jadi KP, dah tak ada tender atau kontrak lagi, tinggallah hutang keliling pinggang, Teman-teman karib yang dulunya sentiasa mengipas keliling pinggang, dah mula 'membalas budi' dengan sepak terajang.
....... dan akupun tak kuasa lagi nak bersembang. Aku mengucap salam dan berlalu pergi meninggalkan beberapa kawan Melayuku terus bercakap tentang Melayu.