MELAYU

Melayu Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Istilah Melayu boleh membawa maksud dan pengertian yang berbeza iaitu:- * Orang Melayu, suatu kaum atau suku yang merupakan penduduk asal Asia Tenggara berketurunan Austronesia. * Bahasa Melayu, bahasa ibunda kepada orang Melayu di Asia Tenggara. * Kepulauan Melayu, kawasan yang didiami oleh penduduk berketurunan Austronesia dan juga nama lain bagi Nusantara. * Tanah Melayu, nama lama bagi Semenanjung Malaysia. * Semenanjung Tanah Melayu, sebuah semenanjung utama yang terletak di Asia Tenggara. * Sungai Melayu, sebuah anak sungai yang terletak di Sumatera, Indonesia. * Kerajaan Melayu, lokasi sebuah kerajaan purba yang terletak di Sumatera, Indonesia. * Rumpun Bangsa Melayu, nama lain bagi bangsa Austronesia atau Melayu-Polinesia di Asia Tenggara. * Ketuanan Melayu, satu ideologi politik yang diamalkan di Malaysia.

BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu / the Malay language

Malaysia Brunei Singapura Ingin tahu tentang Bahasa Melayu? Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.

ايڠين تاهو تنتڠ بهاس ملايو؟ بهاس ملايو اداله سبواه بهاس اوسترونيسيا دان ممڤوڽاءي كاءيتن يڠ راڤت دڠن بهاس٢ ايتنيك لاءين يڠ دتوتوركن دنوسنتارا. بهاس اين دتوتوركن دسلوروه كڤولاون ملايو نوسنتارا يڠ انتاراڽ ايندونيسيا, مليسيا, بروني, سيڠاڤورا, سلاتن تايلند, سلاتن فيليڤينا ماله سهيڠڬا ڤولاو كريستماس داوستراليا. بهاس ملايو جوڬا ڤرنه منجادي بهاس ليڠڬوا فرنكا ڤد كمونچق كسلطانن ملايو ملاك. سجق كبلاكڠن اين كڤنتيڠن بهاس ملايو سماكين دسداري اوليه مشاركة ددنيا.

UK AS Kanada Australia NZ Want to know about Malay? The Malay language is of Austronesian stock, spoken mainly in the Malay Archipelago of Southeast Asia namely the countries of Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapore, Southern Thailand, the Southern Philippines and even as far as Christmas Island in Australia. The language achieved the status of lingua franca in the region during the height of the Malaccan Sultanate in the 15th and 16th century. As of late the importance of Malay as a language is being noted worldwide.

Sunday, December 12, 2010

KKETUANAN MELAYU

Ketuanan Melayu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Hishammuddin Tun Hussein mengayun-ayunkan keris untuk mempertahankan Ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu ialah kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan "orang asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru iaitu dasar tindakan pengesahan yang secara agresif menyebelahi kaum Melayu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga diperkenalkan pada tahun 1970, memberikan penekanan kepada asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum Melayu. Tetapi dalam tahun 1990-an, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad menolak pendekatan ini, dengan dasar Bangsa Malaysia yang menekankan bangsa Malaysia dan bukan kaum Melayu sebagai identiti negara. Dalam tahun 2000-an, ahli-ahli politik mula menekankan ketuanan Melayu semula, dan membidas secara keras menteri kerajaan yang mempersoalkan kontrak sosial.

Sebelum kemerdekaan
Nasionalisme Melayu Awal

Semangat nasionalisme Melayu sebagai pertubuhan politik tidak wujud sebelum Perang Dunia II. Konsep ketuanan Melayu tidak relevan; kaum Cina dan India tidak anggap diri mereka sebagai orang Malaya. Kajian "British Permanent Under-Secretary of State for the Colonies" pada awal 1930-an mendapati bahawa kebanyakan kaum bukan Melayu tidak menganggap Malaya sebagai tanah air mereka.
[sunting] Perasaan bukan Melayu

Pada 11 Mei 2008, bekas Presiden Parti Gerakan Lim Keng Yaik menyifatkan UMNO memberi layanan pengemis kepada parti-parti komponen Barisan Nasional bukan Melayu seperti MCA, MIC dan Gerakan. Lim berpendapat bahawa walaupun Hak Keistimewaan Orang Melayu dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia, namun hak-hak asasi Orang Bukan Melayu harus dihormati. [1]

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim berpendapat bahawa model Ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa dan juga telah dipesongkan daripada isu sebenar yang dihadapi negara. Zaid Ibrahim turut mengkritik dasar yang berasaskan kaum.[1]

No comments:

Post a Comment