MELAYU

Melayu Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Istilah Melayu boleh membawa maksud dan pengertian yang berbeza iaitu:- * Orang Melayu, suatu kaum atau suku yang merupakan penduduk asal Asia Tenggara berketurunan Austronesia. * Bahasa Melayu, bahasa ibunda kepada orang Melayu di Asia Tenggara. * Kepulauan Melayu, kawasan yang didiami oleh penduduk berketurunan Austronesia dan juga nama lain bagi Nusantara. * Tanah Melayu, nama lama bagi Semenanjung Malaysia. * Semenanjung Tanah Melayu, sebuah semenanjung utama yang terletak di Asia Tenggara. * Sungai Melayu, sebuah anak sungai yang terletak di Sumatera, Indonesia. * Kerajaan Melayu, lokasi sebuah kerajaan purba yang terletak di Sumatera, Indonesia. * Rumpun Bangsa Melayu, nama lain bagi bangsa Austronesia atau Melayu-Polinesia di Asia Tenggara. * Ketuanan Melayu, satu ideologi politik yang diamalkan di Malaysia.

BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu / the Malay language

Malaysia Brunei Singapura Ingin tahu tentang Bahasa Melayu? Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.

ايڠين تاهو تنتڠ بهاس ملايو؟ بهاس ملايو اداله سبواه بهاس اوسترونيسيا دان ممڤوڽاءي كاءيتن يڠ راڤت دڠن بهاس٢ ايتنيك لاءين يڠ دتوتوركن دنوسنتارا. بهاس اين دتوتوركن دسلوروه كڤولاون ملايو نوسنتارا يڠ انتاراڽ ايندونيسيا, مليسيا, بروني, سيڠاڤورا, سلاتن تايلند, سلاتن فيليڤينا ماله سهيڠڬا ڤولاو كريستماس داوستراليا. بهاس ملايو جوڬا ڤرنه منجادي بهاس ليڠڬوا فرنكا ڤد كمونچق كسلطانن ملايو ملاك. سجق كبلاكڠن اين كڤنتيڠن بهاس ملايو سماكين دسداري اوليه مشاركة ددنيا.

UK AS Kanada Australia NZ Want to know about Malay? The Malay language is of Austronesian stock, spoken mainly in the Malay Archipelago of Southeast Asia namely the countries of Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapore, Southern Thailand, the Southern Philippines and even as far as Christmas Island in Australia. The language achieved the status of lingua franca in the region during the height of the Malaccan Sultanate in the 15th and 16th century. As of late the importance of Malay as a language is being noted worldwide.

Friday, December 17, 2010

POLITIK BARU DI MALAYSIA


Oleh: Kassim Ahmad

16 Disember, 2010


kassim311@yahoo.com


Sistem-sistem politik dunia


Telah saya katakan lama dulu bahawa kita jangan jadi pak turut kepada sistem dwi-parti Barat. Di Barat, setelah kejatuh sistem feudal dan bangkit sistem kerajaan perwakilan, dalam Parlimen mereka, ada parti atau gabung parti Kerajaan dan Pembangkang. Tugas parti atau gabungan parti Kerajaan itu memerintah, dan tugas Pembangkang membangkang Kerajaan dan mencadangkan dasar lain.


Biasanya jalur ideologi parti terbahagi kepada Konservatif, Liberal dan Buruh atau Sosialis. Di Eropah Tumur dan Timur, selepas terhapusnya sistem feudal, wujud sistem Marxis Komunis di Rusia, Eropah Timur dan China. Di wilayah-wilayah ini, sistemnya disebut demokratik juga, walaupun Kerajaan ditadbirkan oleh sebuah parti saja, iaitu Parti Komunis. Dalam istilah ahli-ahli teori mereka, Karl Marx-Engels-Lenin, pertadbiran ini dinamakan ‘kediktaoran proleter’. Apabila sampai masanya, sistem ini akan digantikan dengan sistem komunisme penuh, apabila parti dan kerjaaan tidak diperlukan lagi, yakni satu macam masyarakat Utopia, Nivana atau Firdaus akan wujud.

Kedua-dua sistem ini, yang kita panggil Demokrasi Liberal Barat dan Komunisme Marxis Timur, telah atau sedang runtuh di depan mata kita. Tidakkah ajaib kita yang hidup pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21 menjadi saksi kepada dua keruntuhan yang besar, hebat dan menggerunkan ini? Bukankah ini yang disebutkan dalam istilah agama sebagai Akhir Zaman, Hari Pembalasan dan Hari Kebangkitan?


Apa itu parti?

Politik tidak lain dari sistem pentadbiran masyarakat. Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang benci politik, kerana mereka samakan politik dengan penipuan, rasuah dan kezaliman. Itu politik kaum oligarki, yang kerjanya memang menipu. Contohnya Raja Firaun zaman Nabi Musa dan sekutunya, dan raja-raja zalim seperti dia zaman dulu dan zaman sekarang. Saya merujuk kepada politik kaum humanis, yang perjuangannya menegakkan kebenaran dan keadilan. Contohnya: Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad dalam zaman para nabi, dan Abraham Lincoln, Mahatma Ghandi dan negarawan-negarawan lain seperti beliau dalam zaman pasca-Nabi.

Dalam semua masyarakat wujud sekurang-kurang tiga aliran fikiran atau apa yang kita sebut ideologi. Di samping itu, seperti di Malaysia, boleh wujud parti berdasarkan kaum pula. Oleh sebab itu, Barisan Nasional gabungan 14 buah parti, sementara Pakatan Rakyat gabungan tiga buah saja.

Parti atau gabungan parti itulah kuasa yang menggerakkan masyarakat dan menubuhkan Kerajaan. Kuasa ini datang dari dalam masyarakat itu sendiri, seperti enjin kereta, atau kepala keretapi. Tanpa enjin ini masyarakat tidak boleh bergerak dan berkembang. Ia akan mati!

Parti lahir dari kesedaran anggota-anggota masyarakat itu untuk membentuk dan membangunakn masyarakat itu. Anggota-anggota masyarakat yang sedar menganggotai parti itu secara sukarela. Inilah bezanya antara parti dengan Kerajaan. Sementara Kerajaan di anggotai oleh anggota-anggota masyarakat yang digajikan, anggota-anggota parti memasuki parti secara sukarela. Parti pula merumuskan satu falsafah perjuangan kebangsaan yang menentukan tujuan-tujuan parti itu dibentuk serta dengan kaedah-kaedah untuk mencapai tujuan-tujuan itu. Semua ini termaktub dalam Perlembagaan parti itu. Parti juga akan menyusun Perlembagaan negara, yang menjadi Undang-undang Dasar negara itu.Daripada hakikat inilah terbit teori “Parti memerintah Kerajaanâ€, dan bukan sebaliknya.

Anggota-anggota parti mesti diajar falsafah perjuangan parti sebelum boleh diterima menjadi anggota. Tanpa pengetahuan ini, mereka tidak boleh menjalankan tugas-tugas parti kepada bangsa. Sebaliknya, mereka akan mencari kepentingan diri semata-mata dan membelakangkan perjuangan parti dan bangsa. Inilah yang telah terjadi kepada sesetengah anggota UMNO, setelah UMNO menjadi Kerajaan. Inilah sebab UMNO dan sekutunya ditolak oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12.


3. Kaedah demokrasi dan perundingan

Demokrasi, pemerintahan mengikut kehendak rakyat, bukan pemerintahan mengikut kehendak raja (sistem feudal) atau satu golongan atasan (oligarki), -- itulah kaedah yang paling baik untuk mentadbirkan sesebuah institusi. Institusi itu boleh jadi masyarakat, atau parti, atau Kerajaan, ataupun organisasi yang paling kecil dalam masyarakat. Demokrasi berasal dari kaedah pentadbiran kota purba, Athens, di Yunani tua. Quran tidak menyebut konsep demokrasi. Sebaliknya, ia menyebut konsep perundingan, musyawarah, sebagai kaedah pentabbiran yang paling baik

Quran mengajar kita kejiwaan manusia ada tiga peringkat. Pertama, kejiwaan binatang (nafs’ul-amarah = diri yang selalu memarahi orang lain). Kedua, kejiwaan diri yang sedar akan nilai orang lain (nafs’ul-lawwamah = diri yang adil). Akhir sekali, ketiga, diri yang tenang dan aman (nafs’ul-mutmainnah = diri penghuni Firdaus atau Syurga). Malangnya, kebanyakan manusia hari ini masih di peringkat kejiwaan yang terendah. Kejiwaan kebinatangan inilah yang menyebabkan rebutan kuasa, peperangan, pelbagai konflik, kezaliman dan kesengsaraan – pendekata inilah punca segala kejahatan dalam masyarakat kita dan dalam dunia seluruhnya. Inilah makna metafora bantahan para malaikat kepada Tuhan apabila Dia mengisytiharkan mahu menciptakan suatu makhluk baru di dunia, Homo sapiens, manusia, seorang khalifah. (Lihat Quran, 2: 30)


4. Kesilapan UMNO-BN

UMNO sebuah parti yang terbesar di Malaysia, dengan keanggotaannya sekarang mencecah 3.2 juta orang. (Ingat bilangan ramai tidak bermakna apa-apa, kecuali mutunya baik. Sebab itu saya menganjurkan kursus politik diberi kepada anggota dan kader) Bersama-sama dengan rakan-rakannya dalam B.N., ia telah memerintah Malaysia selama 53 tahun. Ini di antara rekod yang terbaik di seluruh dunia! Namun demikian, seperti yang kita tahu, ia telah melalui banyak krisis. Setelah mengalami kekalahan besar dalam Pilihanraya Umun ke-12, tanpa hilang kuasa di Pusat, Presiden barunya, Najib, telah melancarkan pelbagai program transformasi untuk memulihkan balik daya juang UMNO dan rakan-rakannya dalam B.N.

Apakah penyakit UMNO dan BN? Ringkasnya, kerana terlalu lama berkuasa, mereka lupa daratan dan menjadi golongan elit, terpisah daripada rakyat. Ramai pemimpinnya, di semua peringkat, tidak lagi menjadi pejuang bangsa. Sebaliknya, mereka mengutamakan kepentingan diri, membina kekayaan, membina rumah-rumah besar, memiliki kereta-kereta besar, sombong lagi! Inilah yang menyebabkan kejatuhan mereka. Bolehlah mereka bangkit balik? Tiada perkara yang mustahil. Tetapi kerja memulihkan UMNO dan BN boleh diibaratkan sebagai kerja orang kuat legenda Yunani purba, Herculis, untuk membersihkan kandang kuda negaranya yang kotor!


5. Kelemahan Pakatan Rakyat

Dengan korupsi dalam UMNO dan BN, maka timbulkan Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN. Tetapi teori puak ini (sistem dwi-parti – Kerajaan dan Pembangkang -- itu tidak lebih daripada sistem puak) tidak boleh dipakai. Ia merujuk kepada tahap kejiwaan manusia terendah, yang telah saya sebut di atas. Rakyat Malaysia perlu berhijrah kepada tahap kejiwaan yang lebih tinggi, kejiwaan yang adil. Pada tahap ini, semua parti boleh bekerjasama, dalam acuan sebuah falsafah politik kebangsaan yang menyeluruh, untuk membangunkan tamadun Malaysia baru.

Kepalsuan teori Barat sistem dwi-parti ini ketara sudah belum pun lima tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri-negeri yang mereka kuasi. PKR, parti Anwar Ibrahim, yang menjadi tulang belakang Pakatan Rakyat, seperti retak menanti belah, kerana kepimpinan yang tidak berdasarkan kejujuran dan kebenaran. PAS, yang telah lama memerintah Kelantan, tidak punyai pengertian tentang masyarakat moden. Mereka terperangkap dalam teologi kolot dan jumud mereka tanpa memperlihat suatu jalan keluar yang boleh menyelamatkan mereka. DAP lebih mantap dari segi ideologinya, tetapi ia perlu bebaskan dirinya dari acuan ke-Cina-annya dan dari horizon kolonialnya dan mencari tapak yang kukuh di bumi Malaysia, dengan sejarahnya yang utuh melampaui zaman penjajahan Barat yang merobek sejarah kita.


6. Jalan keluar bagi bangsa kita

Kecewa dengan gabungan BN dan kecewa lagi dengan gabungan Pakatan Rakyat, suatu “tenaga ketiga†(Zaid Ibrahim dan parti barunya, dan Raja Petra Kamaruddin dan peguam Haris Ibrahim dengan parti baru mereka) sedang muncul untuk memberi nafas baru kepada politik Malaysia. Pada perhitungan jangka panjang, masyarakat kita, dengan kekuatan 28 juta orang, kecil-besar, tua-muda, lelaki-perempuan, jangankan berpecah kepaga tiga puak, kedua dua pun tidak boleh! Bilangan, kecil atau besar, bukan faktor penentu. Kejujuran, kebenaran dan keadilan kita -- nilai-nilau sejagat yang utama – di situ mesti kita cari rumah kita yang sebenar. Di situlah terletak kekuatan kita dan nilai sejagat kita dalam masyarakat antarabangsa yang sudah menjadi Kampung Sejagat, menuju ke sebuah dunia baru yang aman dan adil.

Inilah destini bangsa kita. Semua puak, BN, PR dan “tenaga ketiga†mesti bekerjasama (hidupkan jiwa besar dan singkirkan faham kepuakan masing-masing) dan cari suatu formula yang boleh menyatukan bangsa kita untuk melakukan kerja-kerja tamadaun – “meyerukan kebaikan dan melarang kejahatanâ€, mencipta sebuah Malaysia baru yang aman dan adil dalam sebuah dunia baru yang aman dan adil dalam Abad Ke-21 ini.


Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau: www.stormloader.com/qsmjam POLITIK MALAYSIA MASAKINI - PANDANGAN dan www.kassimahmad.blogspot.com.
· · View original post · Share

No comments:

Post a Comment